Alhamdulillah setelah lama mencari akhirnya saya menemui Keju Halal keluaran bumiputera dan buatan saudara seislam kita.Sebelum ni untuk membuat pizza saya menggunakan keju berjenama KRAF dan untuk cheese cake saya menggunakan cream cheese berjenama PHILADELPHIA.Saya terpaksa menggunakan produk keluaran Australia ini kerana mempunyai logo halal mereka dan saya yakin.Untuk menggunakan Keju Mozarella yang berada di pasaran saya 100% tidak yakin kerana kebanyakkan yang saya jumpa langsung tidak mempunyai logo halal.Dengan semangat untuk menghasilkan topping pizza yang sedap seperti pizza hut(tak pasti mozarella yang digunakan ada halal @ tidak) saya cuba mencari keju halal.Akhirnya, alhamdulillah saya terjumpa produk keju halal jenama TJA Cheez keluaran Dqisra SDN BHD.Berbagai keju yang mereka hasilkan dan dijamin 100% halal.Selepas ini saya tidak akan pandang lagi keju berjenama lain yang tidak pasti kesasihan kehalalannya.Yang pasti TJA Cheeze dihati dan pihan saya untuk keluarga.Mencari yang HALAL itu fardhu..Jika sayangkan keluarga anda cari lah yang HALAL.
Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)
No comments:
Post a Comment